Sara Ali Umum Buka Tudung Secara Live Di FB

Pelakon Sara Ali, 27, telah tampil membuat satu pengakuan eksklusif tentang kontroversi dia membuka tudung.

Sara atau nama sebenarnya Siti Sarah Hairi Ali mengakui keputusan yang diambil untuk tidak bertudung kerana enggan menjadi hipokrit.

"Apa yang saya lakukan ini bukan patut dibanggakan pun tetapi saya sudah lama berfikir dan tidak mahu menyembunyikan hal ini.

"Keputusan ini dibuat selepas berbincang dengan banyak pihak termasuk keluarga saya dan beberapa orang lain dalam industri hiburan terutama wartawan," katanya menerusi FB Live sebentar tadi.


SEBAB APA?

Jelas Sara dalam rakaman 23 minit 44 saat itu, tindakan bertudung sejak setahun lalu dibuat bukan atas kerelaan dirinya untuk berubah sebaliknya atas sebab tertentu dan individu tertentu.

"Setahun saya rasa bersalah dan hidup saya tidak tenang. Tidur pun tak lena. Mula-mula fikir nak diamkan diri tetapi sampai bila saya harus hidup dengan keadaan sebegini?

"Saya akui saya berhijab bukan kerana diri sendiri atau kerana Allah tetapi kerana sesuatu (yang tidak mahu saya sebutkan)," tambah pelakon filem Kami Histeria itu.

Tentang penerimaan keluarga ulas Sara; "Tiada ibu atau bapa yang bangga dengan keputusan ini terutama melibatkan urusan agama. Tetapi mereka akur walau tidak bersetuju dengan keputusan ini."

IMPAK

Ditanya tentang impak selepas membuka tudung, jawab Sara dia bersedia untuk berdepan dengan reaksi peminat dan masyarakat.

"Ya, akan ada impan yang saya sendiri tidak boleh duga. Banyaknya saya nampak daripada sudut negatif, jika ia menjejaskan karier saya tiada apa yang boleh saya buat.

"Ini silap saya, sepatutnya saya bertindak menggunakan akal tetapi tidak. Saya buat (berhijab) sesuatu atas sebab sesuatu.

"Saya meminta maaf sebab tidak menjadi diri sendiri, tetapi saya sudah cuba yang terbaik. Saya tidak suka bangun tidur dengan perasaan bersalah dan menipu semua orang selama setahun.

Bagaimanapun, Sara membuka ruangan komen di Instagram peribadinya @sararitory untuk menerima reaksi peminat berhubung kontroversi ini.

No comments