Keputusan Penuh JDT vs Global FC 5.4.2017 Piala AFC

Tiga gol dalam tempoh tujuh minit oleh Global FC membolehkan mereka merampas pendahulu Kumpulan F selepas menundukkan Johor Darul Ta'zim (JDT) 3-2 pada aksi Piala AFC di Stadium Memorial Rizal, Manila, sebentar tadi.

Dennis Villanueva membuka jaringan pada minit ke-27 sebelum Shu Sasaki mengatasi perangkap ofsaid untuk melebarkan jurang lima minit berselang dan serangan balas pantas disudahkan Amani Aguinaldo pada minit ke-35 membolehkan tuan rumah selesa 3-0 pada babak pertama.

Bagaimanapun, skuad Harimau Selatan garang pada babak kedua apabila Gabriel Guerra meledak gol pertama JDT tiga minit selepas separuh masa kedua bersambung.

Pelawat yang terus mengasak akhirnya beroleh harapan untuk bangkit apabila Guerra sekali lagi menjaringkan gol untuk mengurangkan defisit gol pada minit ke-84 namun mereka gagal memburu gol penyamaan pada baki enam minit sekali gus tewas 3-2 di tangan anak buah Toshiaki Imai.

Keputusan ini menyaksikan anak buah Benjamin Mora kini tewas dua kali berturut-turut selepas tewas 3-1 di tangan Pahang pada aksi suku akhir pertama Piala FA, Sabtu lalu.

No comments