PPBM Rembau Lumpuh, 500 Ahli Keluar Parti

Seremban - Seramai 500 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Rembau mengisytiharkan keluar parti tersebut malam ini.

Menurut bekas Ketua Aktivis PPBM negeri, Mohd. Anas Sudin, seramai 1,500 lagi ahli di bahagian tersebut dijangka mengambil tindakan yang sama dalam masa terdekat.

Ujarnya, mereka membuat keputusan itu ekoran hilang kepercayaan terhadap kepimpinan dan hala tuju parti berkenaan.


"Sehubungan itu, PPBM Bahagian Rembau lumpuh kerana 99 peratus ahlinya bakal meninggalkan parti berkenaan.

"Kebanyakan mereka adalah ahli yang masih muda dan memainkan peranan penting serta bekerja keras mengumpul ahli sebelum ini, " ujarnya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Beliau yang menyertai parti itu pada Oktober tahun lalu mendakwa, parti itu mengamalkan kronisme sehingga individu yang tidak layak dilantik memegang jawatan.

No comments