Peluncur Layar Hilang Ditemui Selamat

Kuala Kubu Bharu - Mohamad Rosely Azli, 53, peluncur layar yang hilang di Bukit Batu Pahat di sini, sejak semalam ditemui selamat petang ini.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang meninjau dari udara mengesan mangsa tersangkut di pokok di hutan berhampiran bukit itu sekitar jam 3.30 petang tadi.

Usaha menyelamat dengan helikopter Polis Diraja Malaysia sedang dilakukan.

No comments