Pelajar Malaysia Dinobat Graduan ACCA Ke-3 Terbaik Dunia

Siapa sangka, di sebalik senyum manis gadis bertudung hijau ini, dia sebenarnya pemegang tempat ketiga dunia dalam peperiksaan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dalam kertas F5 (Performance Management) untuk Disember tahun lepas.

Kejayaan mengujakan Fathin itu mula mendapat perhatian apabila screenshot ringkasan kejayaan beliau diviralkan di media sosial.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi, turut mengucapkan tahniah kepada Fathin Nur Amirrah menerusi laman Facebooknya petang tadi.

"Syabas adik Fathin Nur Amirrah, anak Bagan Datuk berjaya dengan cemerlang peperiksaan ACCA, kertas peperiksaan F5 (Performance Management). Selamat maju jaya. #Negaraku." tulis Zahid.

Menurut Zahid lagi, Fathin berasal dari Bagan Datuk, Perak.


Sementara itu, seorang pengguna di Twitter yang bertanggungjawab memviralkan ringkasan kejayaan Fathin berkata, gadis itu berjaya mencapai markah sebanyak 96% untuk berada di tempat ketiga dalam kedudukan global.

Ya, bukan 80% atau 85%, tapi 96%!


Memang gempak! Tahniah diucapkan untuk Fathin. Tak lupa juga kepada ibu bapa yang berjaya membentuk anak gadis mereka sehingga mencapai kejayaan ini.

No comments