Pekerja Kapal Mengaku Tidak Bersalah Rempuh Pejalan Kaki

Pulau Pinang - Penunggang motosikal yang merempuh seorang warga emas yang melintas jalan dalam kejadian di Jalan Burmah di sini Khamis lalu mengaku tidak bersalah menunggang secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Tertuduh, Nazri Che Lah, 44, yang juga seorang pekerja kapal membuat pengakuan itu ketika dihadapkan di Mahkamah Khas Trafik di sini pagi tadi.

Pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Fatin Hussin di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid dengan tertuduh tidak diwakili peguam.


Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi Khamis lalu, Foo Swee Wah, 58, maut dirempuh sebuah motosikal yang disyaki melanggar lampu merah ketika melintas jalan di Jalan Burmah di sini.

Video kejadian itu selama 12 saat yang menunjukkan wanita warga emas berkenaan tercampak selepas dirempuh motosikal berkenaan menjadi tular dan mencetuskan kegemparan di media sosial.

No comments