Pegawai Azalina Buat Aduan Kes ‘Tiada Siapa Sanggup Rogol Saya’

Kuala Lumpur - Pegawai Datuk Seri Azalina Othman Said membuat aduan polis berhubung coretan Facebook “tiada siapa sanggup merogol” beliau.

Setiausaha sulit kanan menteri itu, Chyairreil Annwar Akmal, membuat aduan terhadap pemilik akaun itu yang menyiarkan fotonya dengan tulisan tersebut.

Menafikan kandungan tersebut, pejabat Azalina dalam satu kenyataan menyatakan coretan itu “palsu dan bersifat jelik”.

Semakan mendapati coretan itu, dimuatkan pada 20 April lalu, masih di akaun tersebut dan dikongsikan lebih 100 pengguna lain.

Coretan tersebut, tanpa menyebut nama menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, dipercayai menyindir kenyataan wakil rakyat Umno Datuk Shabudin Yahya berhubung perkahwinan dengan perogol.

Pegawai Azalina itu juga membuat aduan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pagi ini untuk siasatan pihak berkenaan.

No comments