Nelydia Muat Naik Foto Resit Bayaran LHDN

Pelakon jelita Nelydia Senrose menunjuk bukti bahawa beliau membayar cukai pendapatan selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 22, di Instagtam malam tadi memuat naik resit pembayaran bagi tahun 2013 melalui cek yang bertarikh 4 April lalu .

“Ini resit pembayaran cukai pendapatan bertarikh 4 haribulan April 2017,” tulis pelakon drama “Bukan Kerana Aku Tak Cinta” yang difahamkan kini berada di luar negara.

A post shared by @nelydiasenrose on


LHDN dalam kenyataan semalam berkata perintah waran tangkap dikeluarkan terhadap pelakon asal Kota Baru, Kelantan itu kerana gagal hadir prosiding kes.

Nelydia berdepan lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis mengikut Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 supaya mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran iaitu 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

Beliau juga menghadapi satu lagi pertuduhan kerana gagal mematuhi notis mengikut Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

No comments