Lelaki Nyaris Maut, Punggung Tertusuk Roket

Seorang lelaki berhadapan dengan momen menakutkan apabila sebuah roket tertusuk pada bahagian punggungnya.

Memetik laporan Mirror Online, lelaki itu bernasib baik apabila roket berkenaan tidak meletup dan dia berjaya diselamatkan oleh pakar bedah.

Difahamkan lelaki itu menjadi mangsa perang di negara yang masih bergolak tersebut.

Sementara itu, video rakaman lelaki berkenaan viral di media sosial dan telah dimuat naik dalam laman sosial, Live Leak.

Video yang berdurasi selama 48 saat itu memaparkan keadaan lelaki itu yang dilihat berada dalam keadaan meniarap atas katil di sebuah hospital, sementara menunggu pembedahan dilakukan oleh sekumpulan pakar bedah.


Difahamkan walaupun keadaan agar sukar ketika sesi pembedahan dilakukan, namun dengan bantuan pakar, roket itu kemudian berjaya dikeluarkan daripada punggung lelaki berkenaan.

Selepas sesi pembedahan,lelaki itu dikatakan berada dalam keadaan stabil dan bernasib baik kerana kakinya tidak perlu dipotong semata-mata untuk mengeluarkan roket

tersebut.

Bagaimanapun, lelaki itu difahamkan mungkin akan menjalani satu lagi sesi pembedahan untuk membaiki tulang pahanya yang rosak akibat tusukan roket berkenaan.

No comments