Lelaki Diugut Mak Nyah Selepas Lakukan Seks

Selepas melakukan seks, seorang mak nyah mengugut sebar video asmaranya dengan seorang pemandu GrabCar jika tidak dibayar RM1,000.

Mangsa, yang tidak menduga aksi mereka dirakam suspek, diugut sejam selepas berasmara di rumah sewa di Jalan Bukit Permai, Cheras kelmarin, lapor Harian Metro.

“Tanpa mangsa sedari, suspek merakam video ketika mereka sedang melakukan hubungan seks kira-kira jam 4 pagi,” kata satu sumber kepada portal itu.

Suspek 28 tahun itu turut mengugut bapa mangsa, 24 tahun, melalui telefon apabila lelaki itu enggan menyerahkan wang tersebut.

Mak nyah itu ditahan jam petang keesokannya di Cheras untuk siasatan selepas mangsa membuat aduan di balai polis Pandan Indah di sini.

No comments