(13 Gambar & Video) Kanak-Kanak Maut, 4 Parah Kemalangan Dekat RnR Seremban

Nilai - Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah bas ekspres di Kilometer 271.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 7 malam itu, mangsa menaiki kereta jenis Honda bersama ibu bapa dan adik perempuannya dari Seremban menuju ke Kuala Lumpur.

Sumber berkata, kereta itu dikatakan mengalami kerosakan dan berhenti di lorong kedua.

"Pada masa sama, sebuah Toyota Estima di belakang memperlahankan kenderaan dan ketika itu sebuah bas ekspres merempuh dua kereta terbabit," katanya.

Menurutnya, akibatnya kejadian, kanak-kanak itu maut di lokasi manakala adik perempuannya parah.

"Lima individu yang menaiki Toyota Estima dan semua penumpang bas ekspres tidak cedera," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai Deputi Superintendan Azrul Hisham Mohd Shaffie berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

No comments