(12 Gambar & Video) Pemandu Lori Putus Kaki, Kelindan Parah Dalam Kemalangan Di LPT2

Bukit Besi - Seorang pemandu lori maut manakala kelindan cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas di 393.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), menghala ke Ajil, dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8.00 pagi itu, pemandu berkenaan, Razali Ahmat@Sebulik, 39, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan termasuk putus kaki kiri.

Menurut sumber, kemalangan dipercayai berlaku sewaktu mangsa bersama kelindan sedang dalam perjalanan dari Bukit Besi menuju ke Ajil. Sebaik tiba di lokasi kejadian, lori dipandu mangsa hilang kawalan ketika cuba mengelak suatu objek yang melintas selepas melalui selokoh lalu terbabas ke sebelah kiri jalan.

Mangsa yang tercampak keluar kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh unit paramedik manakala kelindan telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk menerima rawatan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



No comments