(Video) Jutawan Muda Persenda Polis Kerana Ditahan Selepas Beli Lamborghini

Seorang jutawan muda di Birmingham, United Kingdom, Aleem Iqbal menghina seorang polis selepas ditahan semalam.

Ketika ditahan, pemuda yang menaiki sebuah kereta jenis Lamborghini itu keluar dan menjerit-jerit ke arah anggota berkuasa.

"Kenapa pandang saya? Percayalah, kasut saya lebih mahal daripada gaji kamu," tegasnya.

Pemuda berusia 21 itu ditahan sejam selepas dia membeli kereta Lamborghini Aventador SV Roadster dengan plat nombor 41EEM.

Sepotong video yang memaparkan situasi tegang itu viral di Internet semalam.



Dedah pemuda itu dia sebenarnya berasa rimas setelah memenangi sejumlah wang yang banyak selepas melabur dalam sebuah syarikat dalam talian The Orion Code.

"Selepas menjadi kaya, semua orang asyik menyusahkan saya tambah pula selepas membeli kereta Lamborghini.

"Saya menjadi penat dan memutuskan untuk tidak membiarkan pihak polis terus mengganggu saya," katanya.

Bagaimanapun, Aleem sudah membuat permohonan maaf kepada anggota polis tersebut.

No comments