Kajian: Main Gejet Sebelum Tidur, Boleh Rosakkan Sperma!

Selalunya sebelum tidur mesti ramai diantara anda yang akan membelek telefon pintar terlebih dahulu.

Khas buat kaum lelaki, jika anda amalkan tabiat buruk tersebut, belum terlambat lagi untuk hentikan.

Ini kerana kajian terbaru mendedahkan, penggunaan gajet sebelum tidur boleh merosakkan sperma dan sel telur.

Kajian juga mengatakan akibat kualiti sperma menurun, anak-anak yang lahir lebih mudah terdedah dengan penyakit.

Bukan itu saja, jika anda tertidur dengan televisyen yang menyala sepanjang malam juga boleh merosakkan sperma.

Para penyelidik juga memberi amaran bahawa pendedahan kepada cahaya elektronik di malam hari boleh mengganggu tubuh dan meningkatan risiko kanser, kemurungan dan penyakit jantung.

No comments