(Video) Gempar Petugas Jumpa 'Jenglot' Dalam Bungkusan Pos Laju

Alangkah terkejutnya seorang petugas Pusat PosLaju Malaysia di Shah Alam, Selangor apabila mendapati salah satu kiriman bungkusan kurier yang diterima boleh bergerak secara tiba-tiba.

Video dan gambar eksklusif kejadian aneh itu mula hangat diperkatakan netizen menerusi media sosial selepas dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Mohd. Zaidi kira-kira enam jam lalu.



Menurutnya, selepas mendapati bungkusan itu bergerak sendiri, pekerja tersebut mengambil keputusan untuk membukanya kerana berasa curiga sesuatu yang ‘bernyawa’ mungkin berada di dalamnya,

Namun, bertambah seram sejuk jadinya apabila bungkusan kecil yang dibuka itu didapati merupakan sejenis makhluk misteri yang lazim dikenali dalam kalangan masyarakat Melayu sebagai Jenglot.

Sehingga kini, perkongsian unik Zaidi itu menerima lebih daripada 4,500 kali perkongsian selain telah mencetuskan reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial.

“Bomoh pon pakai PosLaju gempak … sila meninggal 😂!” tulis Irwan William.

Siti Zawanah pula berkata: “Weh moden betul sekarang siap hantar by post 😱.”

Sementara Abdullah Thawwab pula menambah: “Hakikatnya benda-benda macam ni memang ada orang bela… dan terlalu taksub dengannya dah syirik sebab terlalu menghambakan diri pada benda tersebut.”

No comments