Ibu, Anak 13 Tahun Diperdaya Hantar Gambar Bogel

Kuantan - Seorang remaja yang menganggap kenalan lelaki di Facebook sebagai datuknya sebaliknya telah diperdaya individu berkenaan apabila diminta supaya menghantar gambar bogel.

Ann, 13, dan ibunya May, 43, bersembang dengan lelaki yang dikenali sebagai "H" sejak dua tahun lalu tetapi tidak pernah bersemuka dengan lelaki tersebut.

Pada Februari lalu, 'H' berjaya memperdayakan Ann supaya mengirim gambar bogelnya.

'H' kemudian mendesak Ann supaya mengirimkan gambar bogel ibunya pula.

May berang sebaik mengetahui perkara itu, 'H' bagaimanapun mengancam untuk menyebarkan gambar bogel Ann.

Dalam keadaan terpaksa, May meminta Ann mengambil gambarnya ketika mandi dan dihantar kepada 'H' malah membayar RM2,590 kepada lelaki itu dengan harapan ancama itu dihentikan.

Bagaimanapun, keadaan semakin buruk apabila ramai orang mula menganggu May menerusi WhatsApp dan Facebook.

"Mereka ada gambar bogel saya dan anak perempuan saya. Mereka mengancam untuk menculik dan rogol dia atau bunuh saya sekiranya tidak mahu melakukan hubungan seks dengan mereka," katanya.

"Malah mereka mengancam untuk mendedahkan gambar-gambar kami kepada ibu saya," tambah May ketika ditemui di pusat khidmat PKR Kuantan di sini, Sabtu.

May menerima banyak gambar lucah, mesej berbaur ancaman dan peras ugut sejak dua bulan lalu.

"Setiap hari saya bimbang keselamatan anak perempuan saya," kata May.

Ditanya mengenai perasaan, May berkata, dia tidak sanggup untuk meneruskan kehidupan.

"Saya takut dengan semua orang di sekeliling saya, terutama lelaki," katanya.

No comments