(Video) Sambutan Hari Jadi Datuk Viral Di Laman Sosial

Kehidupan mewah seorang anak muda bergelar Datuk mendapat perhatian meluas dalam kalangan netizen terutama selepas video sambutan ulang tahunnya ke-21 menjadi viral di laman sosial hari ini.

Dengan catatan lebih 300,000 tontonan, Datuk Muhammad Saiful Muhammad Ali digambarkan mempunyai kehidupan serba mewah dalam video berdurasi selama enam minit sempena majlis ulang tahunnya itu.



Selain itu, Muhammad Saiful bersama-sama seorang lelaki dipercayai bapanya dilihat keluar daripada jet persendirian dan menaiki sebuah kenderaan mewah diiringi beberapa pengawal peribadi menuju ke sebuah dewan untuk meraikan majlis hari jadinya yang diserikan dengan persembahan tarian serta nyanyian.

Mengikut gambar yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Muhammad Saiful dikurniakan darjah kebesaran itu pada tahun 2015.



Berdasarkan maklumat dalam Facebook miliknya pula, Muhammad Saiful juga adalah seorang ahli perniagaan yang memiliki syarikat rakaman dikenali sebagai Superstar Records, selain menjadi pengarah kepada tujuh syarikat lain iaitu Saiful Metal Sdn Bhd, Maju Yakin Sdn Bhd, 7 Alis Mart, Restoran Muhammad Ali Rengen, Saiful Car Wash, Asoke Sdn Bhd, serta Prezios Design Sdn Bhd.

No comments