Guru Tergamak Culik, Lakukan Hubungan Seks Dengan Pelajar

Tennessee, AS - Seorang guru, Tad Cummins yang dituduh 'menculik' pelajarnya berusia 15 tahun, mengaku kepada isterinya bahawa dia mengadakan hubungan seks dengan gadis tersebut.

Memetik laporan New York Post, perkara menjijikkan itu didedahkan isterinya, Jill selepas satu perbualan telefon dengan suaminya di penjara sejurus selepas penahanan lelaki terbabit pada 20 April lalu.

"Saya bertanyakan kepada suami saya, adakah awak tidur dengan gadis terbabit? Dia menjawab...Ya," katanya.

Jill memfailkan perceraiannya bulan lalu selepas bekas suaminya itu menghilangkan diri bersama gadis terbabit.

Kehilangan mereka menyebabkan pencarian besar-besaran di seluruh negara, sebelum pasangan terbabit muncul di sebuah pekan kecil berhampiran Utara California.

Ekoran itu, Tad ditahan atas dakwaan menculik dan jika disabit salah akan berdepan hukuman penjara 10 tahun.

No comments