Manusia Terakhir Lahir Abad Ke-19 Meninggal Dunia

Rome - Emma Morano, wanita Itali yang dipercayai manusia tertua, meninggal dunia kelmarin.

Emma yang juga orang terakhir dilahirkan pada abad ke-19 berusia 117 tahun ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya, lapor media Itali.

Wanita itu dilahirkan pada 29 November 1899 meninggal dunia di kediamannya di Verbania, utara Itali.

Menurut Kumpulan Kajian Gerontologi yang berpusat di Amerika Syarikat, gelaran manusia paling tua hidup selepas kematian Emma kini ialah Violet Brown, warga Jamaica yang dilahirkan pada 10 Mac 1900.

Dengan kematian Emma pada usia 117 tahun dan 137 hari bermakna tidak ada lagi manusia yang dilahirkan sebelum 1900 masih hidup.

Dalam wawancara dengan AFP tahun lalu, Emma berkata, dia hidup lama kerana diet yang diamalkannya.

“Saya makan telur dua biji sehari dan biskut. Itu sahaja. Saya tidak makan banyak kerana tidak mempunyai gigi,” katanya.

Dia anak sulung daripada lapan beradik dan semua adiknya sudah meninggal dunia.

Sementara itu, rekod manusia paling lama hidup di dunia kekal milik wanita Perancis, Jeanne Calment yang meninggal dunia pada usia 122 tahun pada 1997.

No comments