'Doakan Saya Pula Yang Kahwin Lepas Ni' - Neelofa

Pelakon jelita Noor Neelofa Mohd Noor berharap dapat mengikut jejak langkah kakaknya mendirikan rumah tangga selepas sah menjadi isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad semalam.

“Selepas ini giliran saya pula (akan berkahwin), doakan,” coretnya dalam laman Instagramnya semalam.

Kapsyen itu ditulis bersama sekeping gambar aktres paling popular itu mencium pipi Noor Nabila Mohd Noor, 32, sambil tersenyum di atas pelamin.

Dengan sekali lafaz, Sharnaaz,32 dan Nabila sah menjadi suami isteri dalam majlis akad nikah di Hotel Royal Chulan, Mutiara Damansara, dengan mas kahwin RM1,000.

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on


Jumlah wang hantaran bagaimanapun tidak didedahkan.

Coretan jutawan tudung Naelofar itu mencetuskan reaksi teruja dan rata-rata pengikut laman sosialnya itu mengaminkan harapannya untuk menamatkan zaman bujang.

Seorang peminat bernama Fatin Syakilah pula sempat bertanya siapa jejaka pilihan yang ingin dikahwininya.

“Dengan siapa?” katanya tanpa sebarang reaksi balas.

Neelofa sebelum ini dikatakan hangat bercinta dengan pelakon gandingan dalam drama Suri Hati Mr Pilot, Fattah Amin sebelum menjadi hambar gara-gara “pelakon kacukan” yang menjadi orang ketiga.

No comments