Diet Ekstrem, Pelakon Korea Makan 3 Sudu Nasi Sehari

Bila bergelar selebriti ni, pasti nak jaga bentuk badan agar sentiasa nampak cantik, lebih-lebih lagi dikalangan artis Korea.

Baru-baru ini, seorang pelakon Korea Lee Tae-Im mengaku dia hanya makan 3 sudu nasi sahaja setiap hari.

Pelakon tersebut membuat pengakuan itu menerusi rancangan MBC Every1’s “Video Star”.


Tambah pelakon cantik itu lagi, dia sudah mengamalkan diet ekstrim tersebut sejak 6 bulan lalu.

Lee Tae-Im menjelaskan dia rasa tidak yakin untuk berdiri bersama rakan pelakon Park Han-Byul dan Lee Chae-Young selepas menghadiri satu photoshooting, hal ini membuatkan dirinya membuak-buak untuk mengamalkan diet ekstrim.


Namun, Tae-Im sedar bahawa apa yang dilakukan olehnya itu sangat bahaya dan memberi amaran kepada penonton untuk tidak mengikut tindakan tersebut.

Selain itu, dia juga berjanji untuk akan menambah berat badan sekitar 2-3 kilogram dan meningkatkan pengambilan nasi dari 3 ke 6 sudu sehari.

No comments