Azizulhasni Menang Pingat Emas Keirin Di Kejuaraan Dunia 2017

Kuala Lumpur - Jaguh trek basikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang berjaya memenangi pingat emas dalam acara Keirin di Kejuaraan Dunia 2017 di Hong Kong sebentar tadi.

Azizulhasni menewaskan pelumba Colombia, Fabian Puerta Zapata di tempat kedua dan Tomas Babek di dari Republik Czech di tempat ketiga.

Ini gelaran dunia pertama yang dimenangi pelumba kelahiran Terengganu itu selepas memenangi gangsa dalam dua edisi sebelum ini.

"Selama 10 tahun saya menanti saat ini, akhirnya berjaya menjadi Raja Keirin.

"Syukur Alhamdulillah akhirnya saya berjaya muncul juara," katanya.

No comments