10 Maut Dalam Letupan Di Stesen Kereta Api St Petersburg

Rusia - Sebuah letupan kuat berlaku di stesen kereta api metro (bawah tanah) di St. Petersburg, Rusia, sebentar tadi.

Laporan awal dari CNN mengatakan sekurang-kurangnya 10 mangsa maut manakala 50 yang lain cedera.

Letupan berlaku ketika Presiden Rusia, Vladimir Putin dijadualkan memberi ucapan dalam satu acara di St. Petersburg, hari ini.

Beliau melahirkan rasa simpati dan berjanji akan menyiasat perkara tersebut.


Ketika ini, semua stesen metro di St. Petersburg telah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.

No comments