Trump Menang Mengejut, Matawang Dunia Jatuh Merudum

Calon presiden Amerika Syarikat dari Parti Republikan, Donald Trump mencatatkan sejumlah kemenangan mengejut di beberapa negeri termasuk Florida dan Ohio, sekali gus membuka ruang untuk dia selangkah lagi ke White House.

Perkembangan terbaharu itu turut menggegarkan bursa saham dunia pada Selasa yang sebelum ini mahukan calon presiden dari Parti Demokrat, Hillary Clinton untuk menang bagi memulihkan pasaran.

Dengan para pelabur bimbang kemenangan Trump akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi dan dunia, matawang dolar turut menjunam dan bursa-bursa saham Asia mula menunjukkan penurunan ketika diniagakan pagi ini.

Pungutan suara sebelum rakyat Amerika Syarikat keluar mengundi semalam memihak kepada Clinton dengan majoriti tipis.

Turut jatuh, matawang Peso Mexico yang menunjukkan paras terendah serentak dengan petunjuk awal yang Trump akan memenangi persaingan kerusi presiden AS.

Ia juga dipengaruhi pendirian Trump ketika berkempen yang berkata akan menamatkan perjanjian perdagangan dengan Mexico dan mahukan kerajaan Mexico membina tembok sempadan menggunakan wang cukai pekerja imigran negara itu yang bekerja di AS.
Trump sehingga kini menang di Florida, Ohio, Iowa dan North Carolina dan turut dijangka menang di Wisconsin.

Kedua-dua calon presiden memerlukan 270 undi daerah memilih atau Electoral College untuk menghuni Rumah Putih.

No comments