(11 Gambar) Wanita Gemar Berfoto Bogel Dilantik Timbalan Menteri

Warga Ukraine melenting apabila seorang wanita muda, yang popular dengan imej suka berbogel di media sosial, dilantik sebagai timbalan menteri dalam negeri.

Mereka membantah pelantikan Anastasia Deeva, 24, yang pernah bekerja untuk parti yang didukung Rusia, tetapi kini ditugaskan untuk merapatkan negara itu dalam Kesatuan Eropah (EU).

Pelantikan mengejut oleh Menteri Dalam Negeri Arsen Avakov, pada Khamis lalu, tidak disedari sesiapa kecuali selepas dihebohkan oleh ahli-ahli politik dan penulis-penulis blog, lapor AFP.


Deeva pernah bekerja sebagai pegawai Avakov, namun pelantikan tersebut dikaitkan dengan unsur penyelewengan.

Usianya yang muda dan kurang pengalaman dianggap tidak sesuai dengan tugas barunya.

“Isunya bukan soal foto bogelnya,” kata Iryna Gerashchenko, timbalan speaker Parlimen, di Facebooknya.


Isunya, tambah beliau lagi, pelantikan Deeva dibuat tanpa persaingan ramai atau perbincangan di peringkat kerajaan mengenai tugasan mengintegrasi negara itu dalam EU.

“Beliau pastilah tidak tahu apa-apa tentang integrasi Eropah atau bagaimana kerajaan beroperasi,” kata Gerashchenko, yang dilaporkan berang.

Namun menteri berkenaan tidak peduli, malah terkejut dengan kecaman orang ramai atas pelantikan itu.


“Saya perhatikan perbahasan [orang ramai] dan melihat isu utama mereka adalah beliau masih muda,” kata Avakov melalui Facebook.

Tambahnya, “mereka yang berusia 24 atau 30 tahun lebih banyak pengalaman daripada seseorang yang berusia 50 tahun macam saya.”

Kementerian Dalam Negeri dianggap sensitif kerana ia mengawal pasukan ketenteraan menentang pemberontak pro-Rusia dalam peperangan selama 30 bulan yang mengorbankan hampir 10,000 orang.

No comments