'Boleh Tak Peluk Akak? Saya Rindu Sangat Pada Ibu'

Allahurabbi

Kalau anak kita panas, kita akan on kipas atau aircond kalau panas sangat. Tetapi kalau tiada kipas dan aircond? Lagi-lagi kalau tiada elektrik?

"Saya akan selimutkan kain basah di atas badan anak saya. InshaAllah dia akan sejuk dan takkan kena selsema sebab dah lama terbiasa hidup tak ada kipas macam ini," katanya.

Allahu..

Walaupun adik Aminah dan Muhammad tahu mereka orang susah, kadang-kadang nak makan pun kena meminta. Tetapi,

"Ini air untuk minum ke Aminah?" tanya saya.

"Ya kak, Alhamdulillah, kami ambil air untuk minum ini dari surau sebelah," jawabnya seolah-olah mendapat anugerah terindah dari Allah.

Saya benar-benar terkejut dan tidak menyangka bahawa masih ada lagi anak-anak yang baik seperti ini, yang tahu mereka susah dan masih bersyukur dengan apa yang ada.

Bagaimanalah kalau kita berada di tempat mereka?

Mereka berdua ditinggalkan oleh ibu kerana ayah mereka susah. Ibunya bercinta dengan orang lain.

"Kak Nazira, boleh tak Aminah peluk akak? Saya rindu mak," pintanya.

Ya Allah, berguguran air mata saya. Sebak tak terkata. Camera man yang merakam kejadian itu pun sama-sama tak dapat menahan air matanya. Seluruh team sebak menahan tangisan.

Saya belajar, Allah dah bagi kita kesenangan tetapi kita tidak bersyukur. Allah beri kesusahan pada adik-adik itu, tetapi mereka bersyukur dan tetap bersyukur. Itulah beza kita dengan mereka. Astaghfirullah.

Bantulah mereka, inshaAllah Dia akan membantu kita. - Nazira.

No comments