Nazim Othman, Bella Dally Sah Nikah 10 September Depan

Teka-teki tarikh pernikahan pelakon Nazim Othman dengan Bella Dally terjawab apabila aktor itu mengumumkan tarikh berkenaan menerusi akaun Instagramnya hari ini.

Nazim atau nama sebenarnya Nashrul Alif Othman, 32, memilih 10 September ini sebagai hari dia bergelar suami kepada Bella.

Katanya, majlis pernikahan dan resepsi akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.


"Saya dengan berbesar hati mengesahkan tarikh pernikahan saya dengan @belladally bakal berlangsung pada waktu pagi tanggal 10 September 2016, diikuti majlis resepsi keluarga bakal isteri saya di Kota Kinabalu.

"Majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan pada tanggal 17 September 2016 di Johor Bahru," tulisnya.


Sementara itu, Nazim dan Bella atau Nabilah Ali Dally, 26, sudah bertunang pada 14 November 2015 lalu. Majlis pertunangan tersebut berlangsung secara sederhana di kediaman wanita tersebut di Kota Kinabalu, Sabah.

No comments