'Kau Manusia Ke Babi? Menindas Orang Bukan Main...'

Di Malaysia kita tak ada akta yang mengehadkan pembelian rumah. Orang yang ada duit akan 'rembat' sebanyak mungkin rumah-rumah yang dijual oleh pemaju dengan harga asal (sama ada projek kerajaan atau swasta).

Ada yang gunakan 'kabel orang dalam'' dengan cara rasuah untuk dapatkan kuota yang banyak.

Rumah-rumah yang dibeli akan 'diperap' selama setahun atau lebih. Kemudian dijual semula dengan harga yang lebih mahal sehingga 2 atau 3 kali ganda (atau mungkin lebih dari itu). Alasan mereka nilai hartanah semakin meningkat.

Aku selalu baca geng-geng yang suka main 'hartanah' ni bagi tips macam mana nak beli banyak rumah. Semua aku dah study. Beli rumah kemudian sewakan dengan harga yang lebih mahal dari bayaran bulanan pada bank dan nilai sewaan itu akan dikira sebagai pendapatan kita untuk kita beli rumah lain.

Kalau nak ikutkan pendapatan aku dan isteri memang kitorang mampu nak buat macam tu. Tapi bila kami bincang, kenapa kita nak ikut trend yang telah merosakkan nilai hartanah di negara kita ini.

Kita beli rumah banyak-banyak kemudian yang bayarkan rumah kita orang yangg kurang berkemampuan. Malah nilai sewaan lebih tinggi daripada nilai bayaran bulanan kepada bank.

10 tahun lepas kau beli rumah dengan bayaran bulanan kepada bank RM250. Kau sewakan dengan nilai RM300, kemudian tiap-tiap tahun harga sewa naik sampai mencecah RM800 hingga RM1000. Padahal bayaran bulanan kau pada bank tetap sama RM250.

Kau manusia ke babi? Menindas orang bukan main. - Nur Hadi Mohamad

No comments