(8 Gambar) Miliki Wajah Seiras Lee Chong Wei, Ika Terkenal Sekelip Mata

Wajah dan paras rupa wanita bernama Ika Syazwani yang menyerupai rupa wira badminton negara, Datuk Lee Cong Wei menjadikannya ‘bintang’ laman sosial apabila dia dibanjiri dengan permintaan untuk menjadi rakan di Facebook.

Ia ekoran ucapan tahniah yang diutuskan Ika, pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) berusia 24 tahun, kepada Chong Wei di Facebooknya sempena acara sukan badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Rio.

“Tahniah kepada kembar saya! #DatoLCW,” tulisnya yang turut disertakan dengan gambar dirinya dan Chong Wei bersebelahan.

Kagum dengan raut wajah yang sama, status dan gambar tersebut dikongsi berkali-kali oleh pengguna Facebook yang turut mahu mengenali Ika secara peribadi.

“Siapa sangka ada orang yang merasakan wajah saya mirip Datuk Lee Chong Wei. Mungkin kerana kami mempunyai struktur muka yang sama,” kata Ika seperti yang dipetik The Star Online.

Ia salah satu daripada beberapa siri status yang dimuatnaik dengan menggelarkan dirinya sebagai kembar Chong Wei.

Gambar Ika pernah diviralkan pada tahun 2013 juga atas sebab yang sama kini kembali popular pada acara badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Rio.


“Saya sentiasa tergelak memikirkannya kerana bagi saya ia amat melucukan. Saya tidak pernah menyangka ia akan menjadi viral, ” katanya, menjelaskan ia mungkin kerana neneknya berbangsa Cina.

Selaku peminat Chong Wei, Ika menonton semua siaran langsung perlawanan beliau di Sukan Olimpik Rio dan terus mengemaskini status perlawanan di Facebook miliknya.

“Datuk Lee sangat hebat. Saya begitu teruja sehingga pernah berasa untuk ke Rio. Ia lebih mengujakan apabila Datuk Lee mara ke peringkat akhir. Saya sangat bangga,” katanya.

“Semasa perlawanan akhir, dia kelihatan letih. Mungkin tidak mendapat rehat yang cukup selepas perlawanan separuh akhir.

“Secara keseluruhan, Datuk Lee adalah yang terbaik. Walaupun beliau memenangi pingat perak, tetapi kita semua tahu beliau adalah salah seorang pemain terbaik di dunia. Tahniah sekali lagi, ” katanya.

Selain sukan badminton, Ika juga berminat dalam sukan automotif seperti perlumbaan drag dan drifting tetapi kekagumannya terhadap Chong Wei akan terus wujud selagi bintang badminton itu “bersara”.

No comments