(2 Gambar) Adakah Ini Bakal Suami Fara Fauzana?

Selepas pengumuman berita pernikahan Fara Fauzana bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Hafiz, ramai yang mula meneka siapakah gerangan individu tersebut.

Menerusi kiriman gambar, lelaki terbabit memang menepati ciri-ciri yang diberikan Fara ketika sidang media semalam iaitu bertubuh sasa, berkulit melayu dan sedap mata memandang.

Memetik laporan Berita Harian Online, pihaknya telah menghubungi Fara bagi mendapatkan kepastian berhubung kiriman gambar yang diterima namun beliau enggan mengesahkan atau menafikannya.


Bagaimanapun personaliti TV itu hanya ketawa sambil menjemput orang ramai menghadiri majlis perkahwinan beliau yang bakal diadakan pada 17 September ini.

Selain itu, menurut sumber lain pula Fara dikatakan pernah beberapa kali ditemui keluar bersama jejaka tersebut yang difahamkan menjalankan perniagaan dalam bidang perhotelan milik keluarganya di London.

Selain bergelar ahli perniagaan, lelaki tersebut yang berusia lingkungan awal 30 dikatakan juga mula berjinak-jinak memasuki bidang politik tempatan.

Dalam masa yang sama, Fara turut berkongsi detik perkenalan beliau dengan kekasih hati yang berlangsung sejak dua tahun lalu dan mulai rapat sejak kebelakangan ini.

Malah katanya lagi, sejak mengundurkan diri daripada bidang pengacaraan radio lima bulan lalu, dirinya kini mempunyai lebih masa untuk memikirkan soal masa depan termasuk rumah tangga.

No comments