Gambar Anak Lelaki Misha Omar Baru Lahir

Tahniah diucapkan kepada pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya kira-kira jam 10.20 malam tadi.

Misha Omar melahirkan bayi lelaki seberat 2.05 kilogram itu secara normal di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Menurut Misha, dia melahirkan anaknya itu tiga minggu awal daripada tarikh jangkaan apabila mengalami pendarahan selepas selesai penggambaran muzik video lagu duet terbaharunya bersama Adibah Noor, Jiwa Sentuh Jiwa.

Misha-Omar-Firos

“Saya bagaikan tidak percaya apabila doktor memberitahu sudah tiba masa untuk melahirkan, sedangkan sebelum ini saya dijangka menimang cahaya mata pada pertengahan bulan depan.

“Alhamdulillah dalam suasana panik itu, semua urusan dipermudahkan dan saya selamat melahirkan cahaya mata sulung pada jam 10.20 malam.

“Saya bersyukur kerana kebetulan suami, Firros Ezzwan Rosly pulang bercuti dan bergegas ke hospital untuk bersama saya ketika menempuh detik menguji itu,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, penyanyi ini memberitahu dia masih belum memberi nama kepada anaknya lagi.

Misha dalam pada itu memohon diberikan ruang untuk memberikan tumpuan kepada anaknya yang dilahirkan pra-matang.

Misha dan Firroz bergelar suami isteri pada 2 Mei 2014.

Terdahulu, pasangan ini turut memiliki dua anak angkat bernama Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4.

No comments