Bila Dah Jadi Suami, Lelaki Kena Ada Disiplin

Bila dah jadi suami:

1. Perlulah menjadi contoh yang baik untuk isteri. Awak dah tak boleh macam dulu lagi. Dulu-dulu baju bersepah, sampah terkumpul dan hidup tak teratur. Sekarang bila dah kahwin, kena ada disiplin. Awak sebagai suami perlu mulakan dulu.

2. Awak sudah kena ada tanggungjawab. Ingat untuk belajar bangun awal dari isteri, kejutkan untuk solat Subuh. Jangan awak sekali hanyut tinggalkan solat.

3. Bila dah kahwin, suami dah tak boleh nak lepak-lepak, kemudian keluar masuk rumah macam hotel. Ingat ini, awak dah ada keluarga sendiri. Jadi setiap yang berlaku awak perlu ambil tahu. Tanggungjawab seorang suami ini sangat besar. Jangan ambil mudah.

4. Selain itu, kena banyak bersabar. Dah tak boleh nak maki-maki atau guna bahasa kasar bila ada pertelingkahan yang berlaku. Carut mencarut patut dah tak ada lagi. Isteri mana yang suka jika suaminya panas baran. Mula-mula marah, lepas itu naik tangan pula.

5. Awak kena rajin, bukan pemalas seperti dahulu. Kena tolong isteri buat sedikit kerja rumah, tolong buang sampah, jemur baju, kemas bilik. Bukanlah kata kena buat semua benda tetapi sekurang-kurangnya tolong isteri. Ingat, isteri awak bukan orang gaji!

6. Kena tahu awak ada nafkah untuk diberi. Jadi duit untuk isteri makan minum jangan lupa. Duit awak, sebahagiannya ada untuk isteri dan anak-anak. Jadi, jangan buat-buat lupa pula. Bukan apa, nak mengingatkan saja. Takut awak terlepas pandang. Carilah keberkatan dan rezeki yang halal ya.

7. Suami kena belajar berkorban banyak perkara. Salah satunya adalah hobi. Kalau dulu suka main game, tak kisahlah game handphone atau console ke, kena belajar untuk tinggalkan. Kalau tidak, nanti hidup awak asyik leka dengan game itu. Kalau masih boleh dikawal, tak mengapa. Tapi kalau sampai 2-3 pagi tak tidur, apa benda tak buat di rumah, masalah juga bila dah lama kelamaan nanti.

Sumber: Facebook

No comments