Ustaz Meninggal Dunia Ketika Sampaikan Kuliah Maghrib

Seorang ustaz yang sedang menyampaikan kuliah Maghrib, tiba-tiba tersandar di kerusi dan meninggal dunia di Masjid Tengku Intan Zaharah, Dungun malam tadi.

Ustaz Ramli Ahmad, 65, melafazkan tiga kali kalimah Allahuakbar sebelum tersandar di kerusinya dan disahkan meninggal, kira-kira 8 malam.

Imam masjid berkenaan, Mohd Faiz Azmi Abdul Kadir, 46, berkata, ketika kejadian, Allahyarham baru saja lima minit menyampaikan kuliah bertajuk kebesaran Allah.

"Ketika sedang menyampaikan kuliah kepada kira-kira 50 jemaah, dia tiba-tiba tersandar di kerusi sebelum tidak sedarkan diri.

"Beberapa jemaah masjid kemudiannya mengangkat dan meletakkan beliau di bawah sebelum saya segera menghubungi pegawai perubatan Hospital Dungun," katanya.

Mohd Faiz berkata, pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

No comments