Neelofa Rancang Tunai Haji Tahun Ini

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-29, Neelofa, 27, merancang untuk menunaikan ibadat haji bersama keluarga pada tahun ini.

Pelakon dan pengacara terkenal itu berkongsi khabar gembira berkenaan menerusi video yang dimuat naik ke laman sosial Instagram miliknya, petang ini.

Turut kelihatan dalam video terbabit ialah ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed.

Video berkenaan memperlihatkan Neelofa yang juga ahli perniagaan berjaya dan ibunya sedang menguruskan pendaftaran mereka di Tabung Haji.

"Terima kasih mama. Kita merancang dan Allah juga turut sama. Pastinya perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Insya-Allah kalau ada rezeki kita akan mengerjakan haji pada tahun ini," tulisnya sebagai keterangan mengiringi video terbabit.

Pengacara Meletop itu sebelum ini pernah mengerjakan umrah bersama keluarga di Tanah Suci, Mac tahun lalu.

No comments