Gara-Gara Foto Seksi, Kedai Jam Disaman MPKB

Seorang pemilik kedai jam di sebuah kompleks pusat beli-belah telah disaman oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana mempamerkan gambar seksi di hadapan premisnya.

Lee Kum Chuan memuat naik gambar dua poster dan saman tersebut ke akaun Facebook miliknya sehingga mencetuskan kritikan negatif rakan-rakannya. Bagaimanapun gambar-gambar itu telah dibuang setelah ia viral di media sosial.


Ada juga segelintir netizen mengambil kesempatan mempersendakan tindakan MPKB yang didakwa mereka berlagak suci.

"Ini dah betul-betul tak ada duit ye lobai? Apa kata lobai hantar saman kat Aiswarya tu? Bersimpati dengan tuan kedai," kata katowjo.

"Back to the future. Alasan lobai, nanti dapat bala banjir besar kalau tak saman," kata Kecimpret.

Bagaimanapun, menurut Nazman Che Iberahim, MPKB bertindak berdasarkan aduan orang ramai.

No comments