(15 Gambar) Hetty Sarlene & Dani Aaqil Selamat Bernikah

Tahniah diucapkan kepada pelakon Hetty Sarlene yang sudah sah bergelar isteri kepada Dani Aaqil ataupun nama sebenarnya Daniel Oakes pada tengah hari semalam.

Majlis akad nikah Hetty dan Dani seorang jejaka yang berasal daripada London itu berlangsung di Royal Palm @ Clarke Quay di Singapura.


Hetty tampak cukup cantik mengenakan busana berwarna putih manakala Dani segak memakai baju Melayu cekak musang sedondon dengan Hetty.

Dani menyerahkan mas kahwin sebanyak 100 Singapore Dollar (RM300) serta lima dulang hantaran kepada Hetty. Pengantin perempuan juga turut membalasnya dengan lima dulang hantaran.

Jumlah wang hantaran yang diterima Hetty Sarlene sebanyak GBPSTG10,000 pound (RM53,500). Akad nikah disempurnakan Kadi Salim Jasman yang berwalikan bapa Hetty Sarlene, Abdul Hamid Hassan.


Majlis persandingan juga diadakan di lokasi yang sama selepas upacara akad nikah selesai. Majlis resepsi pihak lelaki pula akan didakan di London pada akhir tahun ini.

Lagi beberapa foto sekitar majlis akad nikah dan persandingan Hetty Sarlene dengan membaca entri ini sepenuhnya.

No comments