(Video) Selepas Burung Unta, Giliran Kuda Pula 'Sesat' Di Jalan Raya

Beberapa hari selepas Chickaboo si burung unta mencuri perhatian umum dengan berlari bebas di Lebuh Raya Persekutuan, kini muncul pula kelibat "Si Kuda Hitam" di Kelantan.

Kejadian itu dikatakan di rakam oleh seorang pengguna yang sedang melalui jalan Sultan Yahya Petra di sini yang kemudiannya memuat naik rakaman itu ke laman media sosial Facebook.

Video berdurasi enam saat yang mendapat lebih 5,000 perkongsian selain ditonton hampir 200,000 pengguna itu menunjukkan kelibat seekor kuda dipercayai jenis 'berlima' berlari di tengah-tengah jalan raya.

Berdasarkan rakaman video tersebut, kejadian itu dikatakan berlaku di laluan bertingkat di Wakaf Siku menghala ke arah Kubang Kerian.

Sementara itu Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kota Bharu, Jamil Abdullah ketika dihubungi memberitahu, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berhubung kejadian tersebut.

No comments