(Video) Aksi Mat Redho Dalam 'Ninja Warrior' Buat Netizen Kagum

Pasti ramai yang familiar dengan program TV, Ninja Warrior yang berasal daripada Jepun ni.

Terbaru seorang rakyat Malaysia yang juga merupakan pemenang Fear Factor bersama Erin Malek, Mat Redho mungkin merupakan rakyat Malaysia pertama yang berjaya masuk dan melepasi cabaran pertama bawah 46 saat dalam Ninja Warrior di Vietnam.


Video Mat Redho menjadi viral di sosial media apabila dia dengan senang melepasi semua halangan tersebut sambil ditemani isteri dan anaknya.

Mat Redho yang bekerja sebagai pegawai Teknologi Maklumat (IT) antara 35 orang warga asing yang masuk pertanding di negara tersebut.



No comments