Panduan Lengkap Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Contoh panduan jawapan tugasan Sejarah PT3 2016 Tingkatan 3. Tajuk tugasan pelbagai intrumens bagi Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 adalah "Binaan/Bangunan Bersejarah. Calon Tingkatan 3 PT3 2016 adalah diwajibkan melaksanakan Tugasan Sejarah PT3 2016 bermula pada 19 Jun 2016 sehingga tarikh akhir 1 Julai 2016. Berikut adalah panduan lengkap dan tips menyiapkan tugasan Sejarah PT3 2016.

Soalan Tugasan Sejarah PT3 2016


Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2016 Bangunan Bersejarah


Tajuk Kajian: Bangunan Bersejarah Kota A'Famosa, Melaka

Nama Penulis: Khairul Azmi bin Mohamad

Objektif Kajian
  • Kajian ini dilakukan secara amnya adalah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ianya sekaligus akan dapat membantu saya dalam membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.
  • Kajian ini dapat antara lain dapat menambah pengetahuan saya tentang bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia. Ianya juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita kepentingan untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia.
  • Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut. Misalnya seperti bangunan Kota A Famosa, ianya menyedarkan saya bahawa perpaduan kaum serta bersifat adil, jujur dan amanah amat penting dan perlu pada diri setiap individu.
  • Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga di kalangan generasi muda melalui kajian ini.

Kaedah Kajian: Rujukan Sumber Ilmiah/ Internet/ Buku Sejarah

Latar Belakang Kota A Famosa


  • Kota A Famosa dibina oleh  Alfonso de Albuquerque sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.
  • A Famosa bermaksud 'Yang Termasyhur' dalam bahasa Portugis. Ia turut dikenali sebagai Fortaleza de Malaca atau Kubu Melaka.
  • Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Struktur Kota A Famosa

  • Kota A Famosa berbentuk hampir 4 segi, mempunyai tembok batu setinggi 3.6 meter setebal 2.4 meter di sekelilingnya. Terdapat 4 pintu masuk ke Kota ini dan pintu utamanya mengarah ke jambatan jungkit yang merentangi sungai.
  • Kota ini juga mempunyai 8 buah menara tempat kawalan setinggi 18-24 meter dan tebal temboknya 4.5 meter. Menara-menara Kota A Famosa tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago.
  • Pada bahagian bawah tempat ini terdapat tempat kediaman tentera-tentera dan kuda bagi tujuan peperangan.
  • Terdapat juga lorong-lorong antara tempat-tempat kawalan itu untuk kemudahan pada masa peperangan.
  • Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

Sebab Kota A Famosa Dibina

  • Kota A Famosa dibina untuk mempertahankan Melaka dari serangan musuh dari luar.
  • Kekuatan dan keutuhan kota ini terbukti apabila ia dapat menumpaskan serangan yang bertubi-tubi dari Acheh, Johor dan Belanda.
  • Hanya pada tahun 1641, barulah Melaka dan Kota ini dapat ditewaskan oleh Belanda yang bersatu dengan Johor, setelah 7 bulan kepungan dilakukan ke atasnya dari laut dan darat.

Fungsi & Keadaan Kota A Famosa Pada Masa Ini

Akan dikemaskini kemudian.

Langkah Memelihara & Memelihara Kota A Famosa

Kerajaan

  • Mendapatkan pengiktirafan dpd badan dunia utk mewartakannya sebagai Warisan Dunia/mewartakannya sebagai warisan kebangsaan. 
  • Mengekalkannya walaupun mempunyai nilai komersial untuk pembangunan
  • Mengekalkan tajuk mengenainya di dalam buku teks
  • Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan-menjaga struktur binaan bangunan bersejarah.
  • Kementerian Pelancongan memasukkannya dalam pakej pelancongan-dijadikan sebagai tempat lawatan wajib bagi pelancong yang mengikuti pakej anjuran Kementerian Pelancongan.
  • Mengadakan pelbagai program untuk memelihara dan memulihara.
  • Menyediakan dana besar untuk mengekalkannya.
  • Diubah menjadi bangunan muzium yang memaparkan sejarah tertentu.
  • Dijadikan pusat beli-belah atau perniagaan
  • Ditukar untuk menjadi bangunan pentabdiran.
  • Ditukar menjadi rumah kebajikan seperti anak-anak yatim, orang tua

Sekolah

  • Melukiskannya di dinding sekolah
  • Mengadakan pertandingan menulis esei mengenai usaha-usaha menjaga bangunan bersejarah
  • Kelab dan persatuan merancang program lawatan ke tempat-tempat bersejarah
  • Universiti menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti struktur dan reka bentuk bangunan ini menepati ciri-ciri yg diharapkan
  • Pelajar yang mengambil mata pelajaran sejarah menjalankan kajian tentang bangunan-bangunan bersejarah
  • Mengindahkan kawasan persekitaran bangunan bersejarah dengan lanskap yang menarik.
  • Kemudahan-kemudahan awam yang terdapat di bahagian dalam mahupun di bahagian persekitaran turut diperbaiki atau ditambah nilai. 

Ibu bapa

  • Membawa anak-anak semasa musim cuti sekolah melawat bangunan bersejarah
  • Menceritakan sejarah mengenai bangunan bersejarah kepada anak-anak

Media massa

  • Membuat dokumentari mengenai bangunan bersejarah

Rumusan


  • Bangunan bersejarah ini harus dikekalkan kerana ia mempunyai banyak impak yang positif terutama kepada kehidupan masyarakat.
  • Industri pelancongan akan menjadi lebih besar kerana masyarakat asing memang minat melihat kesan-kesan sejarah sebegini.
  • Nilai atau perasaan cinta akan negara sudah pasti berkembang dengan baik dalam naluri penduduk terutama remaja di negara ini.




No comments