Tarikh & Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadhan 2016

Tarikh dan tempat melihat anak bulan Ramadhan 2016/ 1437H di Malaysia. Tarikh untuk melihat anak bulan Ramadhan bagi menetapkan permulaan puasa ialah pada petang Ahad, 5 Jun 2016 bersamaan 29 Syaaban 1437H. Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). Justeru, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh mula puasa melalui radio dan televisyen.

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2016/ 1437H

  • Tarikh: 5 Jun 2016
  • Masa: petang Ahad 5 Jun 2016
  • Pengumuman Puasa: jam 9.00 malam 5 Jun 2016
  • Tarikh Mula Puasa: Isnin, 6 Jun 2016

Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadhan 2016/ 1437H

NegeriLokasi
JohorPontian Kecil
KedahKampung Pulau Sayak, Kuala Muda
KedahPemandangan Indah, Pulau Langkawi
KedahMenara Alor Setar, Alor Setar
KelantanBukit Peraksi, Pasir Putih
KelantanBukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
KelantanMenara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu
Kuala LumpurMenara Kuala Lumpur
LabuanTingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
MelakaKompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
Negeri SembilanTelok Kemang, Port Dickson
PahangBukit Tanjong Batu, Nenasi
PahangGunung Berincang, Cameron Highlands
PahangBukit Pelindong, Kuantan
PenangPusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
PerakPantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong
PerlisKuala Sungai Baru, Simpang Empat
PutrajayaPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
SabahBalai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
SarawakTanjung Lubang, Miri
SarawakTeluk Bandung, Kuching
SarawakTanjung Batu, Bintulu
SelangorBukit Melawati
SelangorBukit Jugra, Banting, Kuala Langat
SelangorBalai Cerap Selangor, Sabak Bernam
TerengganuBukit Besar, Kuala Terengganu
TerengganuBukit Geliga, Kemaman
TerengganuPulau Perhentian, Besut
TerengganuBalai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu

No comments