Sultan Johor Masuk Hospital Akibat Jangkitan Virus

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini akibat jangkitan virus dan gastritis.

Mengikut kenyataan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim semalam, baginda kini ditempatkan di Wad Diraja HSA.

“Baginda dijangka akan dibenarkan pulang dalam tempoh dua hari lagi,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan Sultan Ibrahim dimasukkan ke hospital kelmarin atas nasihat doktor baginda.

No comments