'Saya Tak Pernah Menyesal Jadi Mak Nyah'

Bila difikir, ada sebab saya menjadi Mak Nyah. Berkenalan dengan rakan-rakan sejenis dan sahabat-sahabat yang baik, tempat saya berkongsi cerita dan mereka sentiasa ada masa saya jatuh dan bangun. Saya yakin ada sebab Allah hadirkan satu naluri yang berlainan di dalam diri saya. Iaitu satu naluri kewanitaan yang sukar utk saya ubah. Walhal fizikal saya lelaki.

Banyak pil perancang saya telan. Pil hormon saya makan. Untuk nampak lebih ferminin. Ubah itu ini. Saya happy bila bergaul dengan ramai rakan-rakan mak nyah. Sebab saya rasa itulah dunia saya. Atas sebab kelalaian sendiri, banyak benda jahat saya buat. Macam-macam rasanya tak perlu saya jelaskan satu persatu. Muntah tuan puan nanti.

Saya tidak menyalahkan sesiapa, pokok pangkalnya pada diri saya. Saya tidak menyesal menjadi maknyah. Bagi saya ini salah satu asbab yang Allah rancangkan. Ye la, kalau saya bukan seorang pondan, saya mungkin tidak kenal insan-insan yang bantu saya untuk berubah kembali kepada Allah. Kembali kepada fitrah. Ini semua ujian Allah bagi. Dugaan musibah Allah bagi supaya saya ingat dan memohon keampunan padaNya. Setuju tak?

Manalah ada insan yang hidupnya 100% baik tanpa diuji. Kalau macam tu, semua hanyut karam la dunia. Saya tak kisah kalau ada sesiapa yang nak mengungkit kisah hidup saya dan membuka aib saya, sebabnya itu semua kesalahan yang pernah saya lakukan dahulu. Orang labelkan saya sebagai pendosa. Saya manusia tak lepas dari dosa. Saya terima.

Betul kata rakan baik saya. Penat berdoa seorang. Saya terharu dengan doa anda semua. Sokongan yang sangat kuat. Masing-masing nak bantu saya untuk bangkit. MasyaAllah. Sukar nak digambarkan. Allah hantarkan insan-insan yang warak. Orang-orang yang kuat. Untuk menasihati dan bimbing saya. Semoga Allah balas jasa anda semua. Melimpahkan segala kebaikan kepada anda semua. Amin. Saya sekadar berkongsi cerita, anda boleh share, moga dapat bagi semangat kepada sahabat-sahabat yang lain. InsyaAllah. - Harry Zulkifli

No comments