Richard Huckle Dihukum Penjara Seumur Hidup

Pedofil warga Britain dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku salah terhadap 71 pertuduhan penderaan seksual ke atas kanak-kanak di Malaysia.

Richard Huckle, 30 tahun, dari Ashford, Kent mengaku melakukan perkara tersebut terhadap mangsa berusia di antara enam hingga 12 tahun dari tahun 2006 ke 2014.

Dia dijatuhi 22 hukuman penjara seumur hidup dan bakal menjalani tempoh minimum selama 23 tahun, lapor BBC.

Huckle kelihatan tenang dan mengangkat tangannya berdoa ketika hakim menjatuhkan hukuman ke atasnya.

Huckle dilapor telah mencabul sehingga 200 kanak-kanak, kebanyakannya daripada komuniti miskin di Kuala Lumpur ketika berada di Malaysia sebagai guru Bahasa Inggeris pada usia 18 atau 19 tahun.

Penyiasat menjumpai lebih 20,000 gambar dan video lucah Huckle melakukan serangan seksual terhadap mangsa kanak-kanak terbabit.

Rakaman itu kemudian dikongsi Huckle bersama pedofil lain di laman web tersembunyi digelar dark web.

No comments