Penyanyi Ameng Spring Dibebaskan Dari Penjara

Selepas lima tahun menjalani hukuman penjara akibat penyalahgunaan dadah, vokalis kumpulan Spring, Ameng akhirnya dibebaskan dari Penjara Kluang kelmarin.

Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 48, yang dibebaskan pada pukul 12 tengah hari disambut oleh isteri, Sabariah Zakariah, 46, serta anaknya Wan Amar Haikal.

Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan dadah.

Penyanyi itu amat bersyukur dapat dibebaskan pada bulan Ramadan dan berkesempatan untuk menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

Dia akan kembali menyanyi dalam masa terdekat dan telah mencipta 30 lagu berunsur kemanusiaan, nasihat dan ketuhanan sepanjang menjalani hukuman penjara.

No comments