Peniaga Kongsi Tips Pilih Air Soya Sedap Di Bazar Ramadan

Seorang peniaga yang berpengalaman 14 tahun menjual air soya, berkongsikan cara mengenal pasti sama ada air soya yang mahu dibeli berkualiti dan sedap, atau pun tidak.

Izzat Ismail yang turut berniaga air soya di bazar Ramadan bersama ayahnya setiap kali bulan puasa, memberikan tips berguna ini menerusi akaun Facebook miliknya.

Penggemar air soya, bolehlah semak tip yang dikongsikan Izzat di bawah ini.


Izzat berkata, air soya yang dijual bersama ayahnya setakat ini tidak pernah menerima aduan daripada pelanggan malah pelanggan dibenarkan datang pulang semula kalau tak sedap.

Menurut pemuda berasal dari Negeri Sembilan ini lagi, ayahnya ada berpesan supaya buat sedap-sedap macam diri sendiri atau ahli keluarga yang nak makan jika mahu perniagaan jadi lebih berkat dan pelanggan pun puas hati.

Apa pun, sikap tak lokek ilmu macam Izzat pun satu amalan yang baik dan Insya-Allah bakal memberikan kebaikan kepada dirinya jua.

No comments