Muhammad Ali Meninggal Dunia

Legenda tinju dunia, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74 tahun hari ini selepas dua hari dimasukkan ke hospital Phoenix di Arizona, kerana masalah pernafasan.

Berita mengenai pemergiannya itu disahkan oleh ahli keluarganya, sebentar tadi.

"Selepas bertarung selama 32 tahun dengan penyakit Parkinson, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74," kata jurucakapnya, Bob Gunnell.

Ali, masyhur sepanjang kerjaya sukan tinju heavyweight yang menjangkau tiga dekad dan terkenal dengan panggilan "The Greatest".

Keadaan kesihatan Ali awal hari ini dilaporkan semakin tenat, kata sumber yang rapat dengan keluarga ahli sukan itu.

No comments