MB Kedah Pengsan Ketika Mesyuarat, Kini Dirawat Di ICU

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dikejarkan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC) selepas rebah semasa sedang bermesyuarat pada petang Sabtu.

Beliau menghadiri mesyuarat pasukan Umno Kedah yang akan dihantar untuk membantu Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar.

Pasukan tersebut dijangka berlepas pada malam Sabtu.

Menurut sumber, Ahmad Bashah sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi KMC.

"Beliau tiba di KMC kira-kira pukul 7.30 malam dan beliau menghadiri mesyuarat di Hotel Grand Alora pada pukul 7 petang," kata sumber.

No comments