Lelaki Godam Facebook Wanita, Minta Gambar Buah Dada Rakan

Seorang lelaki Singapura ditahan selepas menggodam akaun Facebook seorang wanita dan meminta rakan-rakannya menghantar gambar payudara masing-masing.

Lelaki itu, menyamar sebagai wanita tersebut, memberi alasan gambar itu mahu digunakan untuk projek kempen kesedaran barah, lapor portal Star Online, yang memetik akhbar Kwong Wah Yit Poh.

Polis menahan lelaki berusia 27 tahun itu dekat Jalan Orchard, Singapura kira-kira 10.30 malam Isnin lalu selepas beberapa wanita tampil membuat laporan.

Seorang mangsa tipu helahnya berkata beliau menerima mesej daripada akaun rakannya pada 2 Mei lalu yang mahu mengumpul gambar buah dada untuk projek kesedaran kanser.

“Pada mulanya saya rasa ia satu muslihat dan menolak permintaannya. Saya juga berasa tidak selesa menayangkan badan kepada orang lain,” katanya seperti dilaporkan.

“Namun beliau mendesak dan berjanji membayar saya S$500 hingga S$600 (RM1,500 kepada RM1,800) sebagai elaun.

“Selepas berbincang, saya bersetuju membantu rakan saya menyiapkan projek tersebut dan saya juga memberitahunya tidak perlu membuat sebarang bayaran,” katanya, yang menghantar gambar melalui mesej Facebook.

Mangsa hanya menyedari dirinya tertipu selepas rakannya itu memaparkan mesej di Facebook memberitahu semua rakan-rakan wanita itu bahawa akaunnya telah digodam.

No comments