Lelaki Cedera Telefon Pintar Meletup Dalam Poket Seluar

Seorang lelaki di Wuhan terpaksa menanggalkan seluarnya ketika dia sedang berjalan apabila telefon pintarnya tiba-tiba terbakar di dalam poket seluar.

Ketika kejadian, Zhang pada mulanya merasa ada sesuatu yang panas di bahagian pahanya dan apabila diperiksa, dia mendapati telefon pintarnya terbakar.

Dengan pantas Zhang menanggalkan seluar dan mencampak telefon itu ke tanah.


Seorang wartawan dari Metropolis Daily dengan segera berkejar ke tempat kejadian untuk melihat sendiri keadaan telefon itu. Ketika sampai ke tempat kejadian wartawan itu mendapati kawasan itu sudah diselubungi dengan bau asap dan seluar Zhang berlubang akibat kejadian.

Zhang turut memberitahu wartawan itu bahawa dia membeli telefon tersebut pada 2014 dari sebuah kedai elektronik di pusat bandar. Sejak mula dibeli lagi, telefon itu memang kerap panas apabila selalu digunakan tapi tidak seteruk ini.


Zhang berkata jika dia tidak bertindak dengan cepat, dia mungkin boleh cedera dengan teruk dan kini dia mahukan jawapan dari pengeluar telefon terbabit.

No comments