'Tanggal 5 Jun, Aku Berdamai Dengan Ayah Selepas 21 Tahun Berdendam'

Alhmdulillah semalam tanggal 5 Jun, saya berdamai dan memohon ampun pada ayahanda saya, setelah sekian lama berdendam, makan hati dengan beliau selama 21 tahun. Aku pendosa, ampunkan aku Ya Allah. Rasa diri ini tak tenang jika tidak berdamai.

Kesan penceraian mereka, hidup aku tak tenang sebab menanggung rindu dengan abah.

Banyak kali aku lari dari rumah masa tahun 2, naik bas sorang diri ke Pasir Mas. Alhamdulillah nasib tak ada apa-apa time tu. Ye, memang kerja gila, sebab rindukan abah.

Semalam di Mydin Mall Kubang Krian, aku tak tahan, aku luahkan semua seksa jiwa 21 taun pada abah. Abah cakap luahlah, lepaskan semua beban tu. Dia mengaku salah, dia redha. Aku tak mampu tahan air mata, peluk abah sekuat hati, lembik badan aku.

Aku rindu pelukan abah, rindukan kehangatan tangan dia masa naik motor, tangan inilah yang tutup mata aku masa naik motor, takut masuk habuk.

Allahurobbi, ayahku sakit jantung. Dia pun macam nak nyanyuk, kejap ingat kejap lupa. Allah, Kau beri peluang pada aku berbakti pada ayah.

Mama, Nabi dah cakap, ibu, ibu, ibu baru ayah. Anis nak jaga kebajikan mama dan abah. Anis akan berlaku adil. Mama tetap keutamaan Anis. Tapi dalam badan Anis, mengalir darah abah. Anis pendam semua ni sampai sekarang. Berapa kali mimpikan abah, tanggung rindu sampai sakit dada, Anis tak beritahu mama sebab tak nak mama kecik hati. Tq mama izinkan Anis jumpa abah.

Abah sayangkan mama lagi katanya, tapi takdir Allah, jodoh mama dan abah setakat tu. Yela mama dah makan hati tak nak dengan abah. Abah dah beritahu, ye redha. Kalaulah dia boleh putar masa betulkan keadaan. Mak tiri dan adik-adik tiri aku pun ada pakat tunduk dengar.

Aku luahkan semua pada mak tiri, aku cakap aku benci dia selama ni, dia punca keluarga merana selama ni, dia akur dan dengar je, dia ngaku salahnya. Cuma dia kata baik-baik dengan abah, abah sakit.

Kalau abah dah takde pada siapa dia nak inform anak-anak abah bini pertama. Aku nak bersalam dgn adik tiri aku pun lambat-lambat, janggal dah besar kot nak masuk poli. Mana aku biasa bersalam dengan lelaki aku tak kenal. Kami 8 beradik, campur diorang 4 beradik, total 12 beradik lah kami, satu bapa lain mak. Yang penting aku anak abah.

Inilah hadiah hari lahir paling bermakna dalam hidup saya. Saya nak abah dan mama je. Rezeki Ramadhanku. Syukur Alhmdulillah terima kasih Ya allah. Sujud syukur hamba-Mu yang hina ni, aku pendosa. Ampunkan aku. - Anis Kawasaki

No comments